Friday, January 30, 2009

9W2RLA-PAK KIMI DENGAN ANTENNA BARUNYA

Petang semalam aku berkesempatkan ke rumah Pak Kimi 9W2RLA di Kampung Tok Deh untuk membantu beliau menaikkan antenna based V2-4 barunya bagi mengantikan yang lama punya antenna'Tongkat Ali'. Dalam Jam 4 petang aku sampai ke rumah beliau... dua rakan sudah pun berada di rumah pak kimi iaitu 9W2ZRP-pak su, 9W2HRP-pak hadi dan 9W2DRN-pak ari...tengah menyiapkan barang untuk di naikkan ke langit nanti...

Memandangkan ini kali pertama aku tengok dan membantu rakan menaikkan antenna ni, memang aku tak tau apa-apa, masih lagi kabur.. setelah semua barang yang di perlukan di siapkan.. jadi bermula-lah acara/teknik menaikkan antenna baru pak kimi... rupa-rupa tidak lah sesusah manapun... untuk menaikkan antenna ni... dengan kelengkapan/alatan yang cukup bersertakan pengalaman rakan-rakan dikongsi bersama benda yang pada mulanya aku ingat susah rupanya senang...jer

Memandangkan petang semalam dah lewat..pak kimi akan naikkan lagi baki ketinggian antenna beliau di lain hari... kiranya dalam foto di bawah hanyalah separuh sahaja ketinggian yang baru dinaikkan...

Terima kasih juga pada pak kimi dan isteri yang mana telah menjamu kami semua dengan mee hoon goreng dan minuman...


Kenderaan 9W2RLA

Kenderaan 9W2ZRP

9W2ZRP-Pak Su dengan antenna baru Pak Kimi

Pak Su menaikkan tangga yang akan digunakan

Pak Kimi

Pak Kimi menyiapkan barang-barang yang akan digunakan

Pak Kimi memasang alatan di tiang utama terlebih dahulu

Pak Su memotong lebihan besi yang tidak diperlukan

Antenna yang bakal dinaikkan

Setelah dinaikkan inilah rupanya

Pak Kimi dengan antenna barunya

No comments: