Tuesday, November 4, 2008

AMATEUR RADIO REUNION DAY (ARRD) 08 PADA 13 & 14HB DEC 2008




Amateur Radio Reunion Day (ARRD) adalah suatu majlis yang dirancang untuk mengumpulkan semua amatur radio di Malaysia – Mike, Whiskey dan Short Wave Listener – tanpa mengira keahlian kelab. Tambahan lagi, kita juga meraikan 80 tahun radio amatur di Malaysia. Veteran 9M kita tidak semakin muda dan kita telah kehilangan beberapa orang. Inilah masanya untuk 9W dan SWL untuk mengenali mereka. Setakat ini 20 Mike dari seluruh negara telah mengesahkan kehadiran.Kami juga memerlukan sukarelawan amatur radio untuk membantu menguruselia majlis. Andainya anda berminat untuk membantu, sila hubungi moderator. Kami juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan buah fikiran untuk menjayakan majlis ini. Pengesahan segera kehadiran anda amat dihargai untuk memudahkan perancangan dan pelaksanaan.ATURCARA MAJLIS Pertunjukan dan makan malam (muzik, tarian, fesyen, dsb)Flea marketShow and tell Cabutan bertuahSiapa dia – veteran DXpeditionLokasi: Banglo pantai di Port Dickson, dihoskan oleh 9M2PDTempat tinggal: Hotel, Chalet, atau berkhemah.Tarikh majlis: Sabtu 13 Dis – Ahad 14 Dis 2008.Tarikh tutup pendaftaran: 8 Nov 2008 atau 300 pendaftaran awal berbayar.Untuk mendaftar, sila hubungi:Wakil MARTS: 9W2SBS – Aiznin WakilASTRA: 9W2YR – Pak Yeop WakilPERAMAH: 9W2WWW – Azam WakilMARES: 9W2ZLH – Hazali Wakil-wakil lain masih belum dinamakan lagi.Harap pastikan pembayaran dibuat sewaktu pendaftaran untuk mengesahkan kehadiran.Pembayaran/Sumbangan:RM 30 setiap stesen (termasuk SWL)RM 10 setiap orang ahli keluarga* Kanak-kakan di bawah umur 7 tahun percuma.Ahli keluarga tidak layak untuk menyertai cabutan bertuah.






1 comment:

smrp95 said...

dah agak dah... tapi kemas gak blog kau... macam blog golongan elit pulak aku tengok